Pages

Search This Blog

Wednesday, October 28, 2009

Ensabi Tumis Belacan


2 ikat sayur ensabi dicuci bersih

Bahan-bahan ditumbuk.
5 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
segenggam ikan bilis disiang
1 cube belacan bintulu
3 biji lada merah
sedikit garam
sedikit aji, jika suka (sy tidak guna)
sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak.Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.
Masukkan sayur sambil dikacau,tambahkan garam dan kacau lagi.Angkat dan hidangkan.Rasanya pedas,pahit sedikit tetapi sedap.

Buah Dabai



Buah dabai sedap dimakan bersama nasi.Rasanya lemak-manis.

Buah dabai kicap.

buah dabai
sedikit gula
sedikit kicap manis

Buah dabai dicuci bersih dan toskan.
Sediakan air panas kuku dan rendam buah dabai sehingga lembut.
Toskan airnya,masukkan sedikit gula dan kicap secukupnya.Siap.

*Air jangan terlalu panas nanti buah dabai tak masak/lembut.






Friday, October 23, 2009

Daun Putat.


Rasanya pahit,kelat,pedas seperti meant mengeluarkan bau harum
yang sangat kuat.




SAYUR ENSAIE (DAUN ENSABI)
Dimasak atau diulam.

Friday, October 16, 2009

Tuesday, September 29, 2009

Anak pokok durian.Ditanam pada 27.12.2007.

Anak durian suluk 2(benih dibeli dr petanian masa Pesta buah-buahan di Miri,pd 4.11.2007)


Anak D1o1(benih dr sibu)

Pokok Ekor Anjing

Diantara koleksi Herba.

Sunday, September 27, 2009

Durian Kuning S'wak.( Durio Graveolens Becc.)
































Kalau di S'wak durian ini dipanggil durian isu,nama yang unik seunik buahnya.
Banyak jenis durian isu yang terdapat di negeri S'wak.Saiz buah dan ketebalan isinya pun berbeza.
Warna isinya pula ada yang berwarna merah,jingga,kuning, putih dll.Dan kali ini saya paparkan durian isu yang isinya berwarna kuning dan jingga.
Warna kulitnya hijau,berduri tajam sederhana panjang. Bau buah yang sudah masak berbeza dari buah durian biasa. Isinya pula berwarna jingga, tebal,melekit seperti butter dan rasanya lemak manis.

Saturday, September 26, 2009

Hari Pertama.

Hi..ini hari pertama saya di sini,baru belajar pastinya banyak kekurangan.Apapun terima -kasih kerana sudi singah.