Pages

Search This Blog

Thursday, May 13, 2010

Kepak Ayam Manis Bermadu.



Bahan:

2kg kepak ayam


Semua bahan ditumbuk halus.
1 btg serai
2cm lengkuas
4 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1cm halia
1/2cawan madu
sedikit kunyit hidup


Bahan perasa.
secukupnya gula
secukupnya gula pasir



Bersih dan toskan kepak ayam kemudian digaul dgn bahan tumbuk tadi selama 3 jam(klu bermalam lagi bagus,simpan dlm peti sejuk).

Kemudian dimasak sehingga 1/2 masak,keluarkan ayam terus dipanggang sehingga masak...5 minit sebelum masak,sapukan dgn sedikit madu becampur butter.
Angkat,masukkan ke dlm sebuah pinggan kemudian tuangkan sos diatasnya.

Bahan sos.
2 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan '' jintan putih
2 sudu makan " ketumbar
1/2 cawan sos cili
garam secukupnya



Cara buat sos.
Masak air rebusan ayam tadi bersama santan pekat secukupnya.
Masukkan jintan manis,jintan putih,ketumbar dan sos cili.
Masaklah sampai pekat dan wangi,rasakan masin ,manisnya kemudian tuang ke atas ayam panggang tadi terus hidang.

*Resepi sy sendiri...masakkan ini menjadi kegemaran anak2. Klu suka, masukkan sedikit kacang goreng tumbuk.

No comments:

Post a Comment